Friday, May 15, 2009

Halalan Tayyiba...makanlah

Firman Allah Ta'ala yang mambawa maksud..
" Wahai sekalian rasul, makanlah daripada makanan " tayyibat" iaitu makanan-makanan yang baik dan lakukanlah amalan-amalan soleh"

Allah Ta'ala berfirman lagi yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu daripada makanan "tayyibat" ( makanan -makanan yang baik) daripada apa yang telah Kami rezekikan kepada kamu."

Allah Ta;ala memerintahkan manusia agar makan makanan yang berstatus " halalan Tayyiba" iaitu yang menggabungkan antara dua unsur iaitu " halal" dan "tayyiba" ini berpadanan dengan dalil dari firman Allah yang bermaksud:

"Makanlah daripada apa yang ada di bumi dalam keadaannya Halal lagi Tayyib"

Apakah makanan " Tayyiba"

Ia adalah makanan yang mempunyai dua unsur iaitu..

  1. Ia diproses oleh orang-orang yang Halal aqidahnya iaitu orang islam yang beriman pada Allah, rasulnya lagi halal syariat dan akhlaknya
  2. terdiri daripada bahan yang berkhasiat untuk jasad
*So it means makanlan makanan yang di proses oleh orang yang halal aqidahnya bukan sahaja makanan yang halal tapi pembuatnya pun mestilah halal aqidahnya...





No comments: