Thursday, April 30, 2009

Hari ke- Camping

Aduh pening kepala pulak aku nie, kaki tengah lenguh nie, dah ah malam tadi tak pakai selimut, kaki aku nie kaki cinderella nak kena selimut,... huhu

Sejuk, air kolah nie.. aku nie bukan tahan sejuk pun, jap lagi mengigil lah aku nie, hrm lepas mandi solat pagi, lepas tue ada senaman pagi... hahha dalam jadual tue kata dia yang conduct best nye...

Tok..tok...( wei sapa kat dalam nie.. cepatlah)

Uh kacau daun betullah, nak berangan sikit pun tak boleh...

"Ok selepas besurai nie, kamu semua dikehendaki datang semula ke dewan ini, selepas nie kita ada senaman pagi.."

aduh dia tak smebahyang pagi ke, kenapa dia tak nampak sembahyang kat cini pun... huhu sembahyang dalam bilik ah tue.. " yati cepat bersiap dah sembahyang lum.."

" aku nak sembahyang ah nie, aku sembahyang kat dalam bilik je ah."
" ok cepat tau.."
" aku taulah ko nak tengo dia kan.."
" hahhahha"

Dalam 7 30 semua peserta dah pun berkumpul di dalam dewan, dah semua berkumpul barulah datang kitaorg punya lecturer pN Hayati and husband dia....
Hrm dah naik teleng kepala aku nie mana dia nie....nasib baik ah bilik diaorg sebelah dewan jek, boleh ah aku cari....

" hahha yang di cari telah keluar, alo comei nye dia...( dalam novel aku lelaki nya mesti comel, pakai speck, smart, chubby... lainlah novel yang ada kat pasaran skang, nak yang paling hensome kayo, yang perempuan pulak yang paling lawo... hahhah)

Ok dia dah kat depan aku nie... beri perhatian k...
"ok semua pagi nie kita akan buat senaman yang ringan.."
Ala asal budak fasi lak yang kena buat, aku nak dia yang buat,,, huhuhu...

" ok skang kita buat tarian poco-poco..."
Hrm poco-poco.. best gak nie dapat menari...

seronok gak ek menari... nilah tarian isteri datuk yang menghabiskan masa dan bersosial. Tiba-tiba

" aduh, wei sakitlah, dah ah kaki aku memang sakit dari pagi nie, yang ko pegi sepak sapa suruh" menyampah betul ah aku dengan si ikram nie, excited tak bertempat.. aku sepak baru tahu budak nie... aduh aku pulak dah terjerit memalukan betulah, baru nak cover ayu kat dia...

" ok semua lepas nie terus pegi ke dewan makan, dan pakai track shoes and and berkasut sebab selepas nie kita akan menyusur ke jalan ke perkampungan orang asli..."

uiii bestnye, mesti ada air terjun kan, nak kena lalu air terjun ke nie, ala kaki sakit....memang ah budak lelaki nie,,
" ude ko nak pegi gak ke, kata kaki sakit, tak yah pegilah, aku pun tak nak pegi nie"
"Wei aku buakan penakut macam ko ikram, mestilah nak pegi..."
" dah jom pi makan,,,"

aduh dah banyak tempat aku pergi ikut camping ke kursus ke nilah first time tempat yang aku pegi aku tak suka makanan yang diarg sediakan , dah a dewan makan dia nak naik bukit, sakit lagilah kaki aku nie,

"Mis makan mis..."
" mis kaki saya sakit mis, nie si ikram nie gi tendang" hhahha bila pulak aku jadi seorg yang suka mengadu nei.... hahhah buat tiket je nie,, aku terpandangkan si dia kat belakang miss nie... hahhah nak tunjuk aku sedang sakit,,, hehehhe gatal lah ude nie...

"Hrm korang makan cepat ok, nanti berkumpul kat depan sana, kita akan mulakan axtivity tue lepas axtivity nie , kita ada majlis penutup, lepas tue boleh ah buat aktivity bebas"
" ok miss"

Happy Labor Day

Happy labor day......



Aku kan bekerja skang nie......
memang patut pun di sambut hari bekerja nie... penat



Aaaa apa ko kata....

Mesti ah excited... time nielah aku dapat merehatkan badan...
( wei waiter pun kerja gak tau, kalu tak takde sapa nak layan korang yang suka makan luar)

Tapi boring gak.... tak dapat cuci mata lagi...

hahhahhah ( asal aku gelak, malam ni aku akan menjadi sebahagian peminat tomok...( tipu2 jek) aku nak pi tgk konsert nie....
One in Million... konsert

Thank kiu tomok Fun club)

Sapa akan bergelar juara... sebab aku masuk sebab tiket tomok... so aku harus kenang budi dia...so go Tomok... Hope u do the best..)

Malam kebudayaan...

lepas makan petang and sembahyang maghrib je kami kena berkumpul dekat dewan..sebelah je dekat dorm kami...aktivity nye ialah setiap kumpulan dikehendaki untuk mempersembahkan sebuah sketsa, lagu ke yang berbentuk hiburan... kumpulan aku akan menyampaikan sebuah lagu yang dah di tukar liriknya drai lagu sebenarnya .." MenuJU PunCak... kepada menuju sungai Congkak"

setelah berbahas ( masa nie aku kena marah dgn mambe aku sendiri.... memang panas baran dia nie nasib baik aku tak lawan...)
lagu nie dikarang oleh chah, ikram, dan Rai...( seorang peminat fanatik akedemi FanTaSia..)
Memang nasib tak baiklah... sebab kami nie ade tagline yang cukup dicemburui.. so semua aktivity mestilah dimulakn oleh kumpulan 6..
Yang tak bestnye, nyanyi sikit dah budak group lain dah gelak sambil tepuk tangan..." wei kitaorg tak habis nyanyilah...) hihuuuhu...

selepas aktivity malam kebudayaan lepas tue adalah aktivity " change hadiah.." wah bagus kalu kita chang hadia dapat hadiah yang lumayan dari org lain....yelah ada mambe aku lupa nak bawa hadia beli biskut je yang berapa ringgit... tapi dapat hadiah yang mahal and berbaloi... hahhah

Macam takde mood je aku kan,,, dia takde lagi, tadi masa buat persembahan dia takde, nie masa change hadia takde...lagi lah takde mood masa sesi burung hantu,,,yang jalan dalam huta yang penuh dengan kecuraman yang memang dasyat... lampu suluh hanya pada abg rela2...( yang aku tak rela dgn diaorg,,, tak bagus,,, wei jurulatih aku masa plkn lagi prihatin tau...nie dah ah curam, gelap, duri jangan cakap ah kena tangan kurang tau mas kahwin aku..

Tapi tulah masa gelap semua akan berlaku... nak tahu apa.. rupanya ketua aku yang muka alim siout... berpegang tangan dengan si raihana... ceh lagilah menjadi angan2 diaorg bertiga nie nak kenakan makwen nye... ( manja nak mampus,,/???)

Nia baru sikit yang pegang tangan... yang lain..

" Hanya tuhan yang tahu..."

Aaaa hanya Tuhan yang tahu yang masa tua aku nak sangat dia dekat aku,, nan pimpim tangan aku dan menyuluhkan jalan walaupun tiada lampu tapi dengan kehadiranmu... dah terang jalan ku wahai Si Dia... Jiwanglah pulak

Balik dari hutan tue, terus mandi... sejuk giler, tak mandi badan dah berbau... uiii gelap nye..
malam nie dapat ke aku tido...yelah susah bebenor aku kalu nak tido tempat baru nie...
tatiba ada suara.." bi, aaa nie ada pacat kat kaki neeenie..." nilah balasan kan raihana.. sebap berpegang tangan kan...( sempat lagi kutuk mambe aku nie)

"ok semua tido cepat, lampu tutup"
Aduh tutp lampu lak tue...
Ceh mek kat sebelah aku nie dah tido, aduh jangan ah yang bukan bukan muncul...
tido ...tido.... wei dah kul 3 nie... tidolah wahai mataku....
dup..dip///dup...ah bayangkan dia lah...esok dia yang conduct senaman kan...
tido...
eiii asl takleh tido nie... seram giler
dah kul 4 30 pagi... hahha kejap lagi mesti diaorg bangunkan... selalunya kalu aku camping kul 5 dah bagun...
ok
terlelap jugak akhirnya... kul 5 30 aku bangun.... kejap nye aku tido...
penat giler...
huhuhu
harap2 pagi nie dia adalah bersemangat sikit aku...

" yati bangun.. sembahyang subuh.."

Sambongan Novel

" ok semua beratur ikut group yang takde group masuk group yang terakhir.."
hrm aku dgn siapa nie... ooo dengan diaorg ke.. blah jelah
"ok lepas nie korang pilih tempat yang teduh and cari nama and tegline and pilih seorg yang layak untuk kumpulan korang.. lepas nie kita kumpul balik. ok semua gerak."

"oii kita cari tempat yang reduh sikit ah, panas nie.." sempat lagi mata aku meliar mencari si dia. Dia dah siap makan kan tadi.
" oi cepat kita cari nama untuk kumpulan kita nie, yang pasti gempak. Chah ko takde cadangan." si ikram telah menunjukkan sikapnya. Dalam sibuk2 mencari nama, maka satu idea telah tercipta dari otak bergeliga si ecah nie..." apa kata kita ambik nama kumpulan ( lupa pulak aku nama kumpulan nie, tapi yang pasti nama burung) tapi tagline kitaorg memang tak leh nak dilupakan... iaitu " apa yang penting ...( disorakkan secara beramai-ramai) and jawapannya pastilah ( kerjasama.... nyanyi tau macam wonderpat cakap)

" ok semua berkumpul. ikut nombor eh dari 1 hingga 6 mula dengan kanan sini...( memang dari scool lagi mesti kena ikut number.... duduk ikut suka hati takleh eh....mana pulak si dia nie....
Puas tertoleh-toleh, terkeleng2 kepala aku...
" ok kita mulakan dengan kumpulan 6 ye" tersentak aku ...
" ok nama kumpulan kami .... (lupa)" ketua kami....nama dia pun aku lupa... tapi best ketua kitaorg nie,... sebab ape... nanti jelah aku cite.
" ok tagline kitaorg... sama-sama eh...
"apa yang penting...( sambil bersatu tangan....gile tak bleh blah ayat aku)
" kerjasama" ( korang nak sedap bayangkan aku yang bersuara,,,, hahha mesti manja giler"
ayat nie sekali je diulang semua peserta ikut and ketawa...
Ceh manis nye senyuman dia...hhaha sempat aku menoleh kearah si dia yang sedang memegang kemera....tak tahulah dia tangkap gambo siapa....tapi yang penting... Tunjulkan diri ude....supaya ada gambo aku untuk dia simpan dan tengok bila rindukan aku....( hahhahh jangan nak jeles...)

"ok semua lepas nie kita ada aktivity sukan, semua ketua pasukan bersedia,,, ahli yang lain tunggu disini dulu ye..."
" baik."

Oh panas giler kan skarang, patutlah ice kat lautan atlantik tue dah cair, aku kat sini pun dah nak mencair( hahhah sebab dia ade lagilah cair aku punya anggota badan..)
" ok semua kita mulakan aktivity kita hari nie, ketua kumpulan bawa ank buah anda ikut jalan tadi ok. Tapi ikut giliran,,,"
sekali lagi macam lah budak kecik.
" ok semua jum.." ketua aku dah bersuara.. hhaha nampak terkedek2 si ikram nie....( aku nie dulukan tak rapat dgn dia... musuh gaklah tapi skang ok kan...)
Tiba kat halangan yang pertama.. peh asl semua macam gubra je nie... rilex ah tiru macam akualah... kata2 bangga org yang dah masuk PLKN....
Tiba giliran kumpulan enam...tapi yangpenting masa nie si dia datang kat halangan pertama nie dengan mambe dia.. kiranya nak tgk kitaorg buat aktivitylah....oooo patutlah diaorg gubra... kena lalu bawah dawai yang dibawahnya ada air lumpur...Wei aku tak heranlah... dulu masa pengakap aku kela merangkak kat longkang dekat air terjun sia kena berhenti kat sati point, si fasi kami lumurkan lumpur kat seluruh badan, sia muka lagi kene conteng , aku tak heran pun,,... yelah yang conteng pun abg angkat aku..
ikkk kenapa muka aku panas and rasa semacam nie...dusss dia pandang sapa nie...sebelah aku yati, aik... aduh mata dia nie asyik sekali ah,,, nak tenung lama aku nie malu... tenung gak lah...senyum ude.... apalah hati nie nak senyum kenapa pulak...
Tiba-tiba....
" ok kumpulan yang seterusnya... kumpulan 6..." hancur berderai pandangan aku,,, igt nak feeling lama...
"ok sapa nak mulakan nie..." eiii korang pegiilah mula dulu... nanti aku ikut...Nilah yang aku hangin nie... hahhha kan dia ade... masanielah nak tujuk betapa jaguhnye aku...
" ok sapa yang mulakan dulu kita bagi dia kata semangat...tagline kita nak" yati nie dah bersuara.
" oklah biar ude je yang buat... ok kuat2 dgn tagline korang. Ketua nie pegang gelang aku nie..."
Aduh basah and kotorlah baju aku...takpe2 demi dia... ceh nampak macam tinggi dawai nie.... uuuuuhhhhhh, kotor tudung aku..." sambil aku buat nie geng2 lain tengah bersorak

" ude...ude...
"Apa yang penting.. kerjasama"
Dah, aduh kotornya...sebaik korang laungkan nama aku sekurang2nya dia igt nama aku... eh mana dia nie... dah ilang... ooo aku tau malu nak tgk aku buat camtu eh...
aa ;ah malu pulak merangkak... eiiii
" ok yang lain cepat"
"ei...wei angkatlah dawai nie cikit...eiii"
ceh yatinie aku igt brural lah sgt, masuk je dah eiiii... hahhah

" ok teruskan ye....dengan aktivity yang lain...

* aktivity lain tak mencabar sangat... lalu dalam terowong( badan aku kucik... so tak de masalah, lalu atas batu...ok jek tapi aktivity yang terakhir aku belum pernah buat....melemaskan diri sambil kene berpaut pada dawai....weiiii aku takut air lah....
Tapi pantang aku menyerah kalah dan memalukan diri sendiri....

" ok semua lepas nie aktivity bebes... kamu boleh mandi... selepas itu pergi makan petang...

Ceh dapat gak mandi, dah kotor benar badan aku nie...

" ude tak yah mandi kat cnilah kita mandi kat toilet je, nanti nak berebut toilet pulak...
" ok"

Huuh tak sabar nak tunggu apa pulak aktivity malam nie...
sesi burung hantu...
Dia jadi fasi ke.... tunggulah je malam nanti...

Sunday, April 26, 2009

mR cinDerella

suara di jiwa teronta ronta
mata yang melihat hati yang memandang
menjerit meraung meratap seribu bahasa
namun jendela bibir tetutup rata
kelu di lidah tidak mampu berkata-kata

puteri dimata puteri di jiwa
maaf dipinta terkasar bahasa
terhenti nafas masih bernyawa
umpama kunci tersalah kuncinya
terjumpa pintu tersalah pintu nya
ibarat ada dalam tiada

namun kau disini aku disana


terhutang budi tergadai hati
menyususn langkah tersisir kebelakang
terus berundur melangkah ke depan
disini tidak keasa pun tidak

dimanakah Mr cinderalla...
ni kira dah takde idea.
sebab mr cinderalla sudah lari...

Saturday, April 25, 2009

TerlanJur Cinta

caya tak, ude hanya tahu lagu nie bila hafiz af7 dan mila yang mennyayikannya pada konsert yang ke 5...

so actually bagi ude lagu nie adalah lagu diaorg...sebelumni ude tertanya knp ude suka sangat lagu nie...
petang tadi ude baru tahu ude dah terlanjur cinta pada seseorang,

terlanjur cinta ok, jangan terlanjur lain dah ah...

Dah beberapa bulan ah gak ude kenal dia, dia dah lamar beberapa kali, ayat sayang dan cinta yang diucapkan dah banyak kali dah,

dari tak suka jadi terus suka kat dia...perempuan katakan... macam kerak nasi...
keras tapi lembut juga bila kena air...

Tapi ude cinta maybe salah orang... dia lamar nak ude jadi isteri number 2 dia, ingat memain rupa-rupanya... memang dia ada girl lain, tapi girl tue dah tak suci....

so dia keliru...

dia still nak ude, tapi bagi ude biarlah ude mengalah, rasanya tak baik ude ambik boy nie, lebih baik undur diri,,, kesian girl tue, dah kena rape, takkan ude nak rampas boy dia pulak...

Dalam berkorban nie, ude rasa sedih pulak, yelah "pelamin angan ku musnah"

tapi aku " pasrah"

So buat kamu... bani... ude nak cakap..."terlanjur cinta"

Semoga kamu bahagia....


Friday, April 24, 2009

benCinta.... Faizal TahiR

Bencinta... benci cinta....
dalam hati ade ccinta....tapi kenapa cinta selalunya bermula dengan kebencian....



Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu…..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
benci padamu
cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu
apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu
mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedang aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
[ Bencinta lyric found on www.lirik.tv ]
cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci…. kamu…
ku cinta….kamu…

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedang aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu…..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
padamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci!!

Thursday, April 23, 2009

kerJa

Dah seminggu aku, dan jah memberi sepenuh tenaga dan usaha kami untuk cafe yang kami kerja sekarang...


PenAt,

Letih.


Bosan

Tapi rasanya berbaloi dengan adanya customer yang menjadi tajuk perbualan kami skang...

Abang Uk, abang bungkus, abang jus, abang Afig... ( ude minat dia) jejep jangan risau... tetap menjadi igauan dan mentos ude,....

Korang rasa tak... semua customer kami lelaki aje kan....nie sebab knp si jah still nak keje kat cni, kerana kami dikelilingi oleh lelaki2 berkerjaya yang bukan sahaja berkerjaya tetapi hensome tau...

Roguy pelik knp ude asyik sebut nama lelaki lain sekarang... kalu dulu...( jejep..jejep).
Ini kerana di kolej tue takde lelaki klass A... yang ada hanya jejep aje... hahhahah. Jgn marah student lelaki kolej ku

skang cafe tue dah tukar milik....

Jah" betul ke ude"

Ude..." yelah kan kita owner cafe tue skang"

Hahhahhah

Tuesday, April 21, 2009

Melaka... bandaraya berseJarah


" Mak ude... besar tak Melaka...
" Kenapa cayang tanya...
" Mak ude kata dah naik menara Taming sari"

oooo cayang nak tahu eh... Meh mak Ude tunjukkan gambar tentang kemajuan and sejarah melaka..." nie gambo syurga membeli belah org melaka, bermulanya dengan Mahkota parade dan sekarang telah maju pulak dengan adanya dataran Pahlawan...

" dataran pahlawan... nie tempat semua pahlawan ke mak ude"
" ye cayang, disini lah pahlawan nak menunjukkan kewibawaan mereka dengan membelanjakan duit untuk memikat anak dara"
hahhaha


nie pulak sebahagian pemandangan yang menyambungkan melaka dengan kampung nek wan cayang...
antara melaka dengan indonesia....


nie pulak eye on Malaysia... dari titiwangsa kL ke bandaraya Melaka....

" Mak ude nampak ape kat atas tue.."
Nampak kawasan di sekitar melaka lah cayang... nak nampak pakwe guna teropong lain k....
" mak ude gatai...."

ni kapal... replika jek yang tinggal bukti penjajah dah menjajah negeri melaka nie...
ok nie lah gambar tentang kepadatan penduduk melaka...
dah membangun rupanya melaka...

" mak ude lagi..."
" Nak lagi naik k, menara taming sari... bayar murah je... bawak ic dapatlah 50% discount"
" aloh yana tak de ic...
" budak belum sekolah macam yana, tak leh naik... gayat"

ok, mak ude nak tido...

" iklan berbayar dr negeri malacca"

Oh LeLaki...

ADAM dicipta untuk HAWA,
satu ciptaan yang cukup sempurna,
setiap ciptaan dari Nya mestilah untuk kebaikan
yang dicipta Khas oleh Dia untuk mahlukNya.

Kau lelaki,
kenapa begitu mudah memain kan kata-kata
Sayang, rindu, cinta,
sedangkan kau tidak tahu betapa penting dan tinggi
darjat ungkapan ini di sisi seorang Wanita..

Aku Wanita, yep memang lemah
yang terlalu mengharap kasih dan sayang
belai dan perhatian dari kau yang
bergelar lelaki...

Jika tercipta bahawa kau untukku,
taida kudrat untukku menolak,
cuma yang ku pinta,
jujur ikhlas, memahami
dengan permintaanku
sebagai kaum Hawa.....

Ceh... jiwang kan ayat nie..
nak tau kenapa, sebab tadi ade seseorang telah Melamar ude,
secara mengejut,
tapi tak tahulah
lelaki kan
penuh kepura-puraan...

Tapi yang penting yang melamar bukan jejep
tue sebab " aku pasrah"

please lamaran
bukan untuk di permain-mainkan
amaran dari aKu

Monday, April 20, 2009

Angan_aNgan



Assalammualaikum...
Angan-angan nie entry kah yah...lepas keje terus baca blog rarai...
teringat yang dia pernah dengan ude nanyi lagu nie...

kira bagus gaklah si rubisa nie, sebab jarang k , ude nak ingat lagu yang orang nyanyikan lagi2 dari artis yang bukan "pIlihan HatiKu....kuku"

Lagipun masa konsert af minggu ke3 nie ude kan kat melaka, dah lebih sebulan tak jumpa jejep
( isk,isk) mestilah kena dengan hatikan...

isk jangan berangan lama2
bukan dia dikebas orang tapi
hanya jerawat yang berbekas di pipiku...
huhuu.

sedih

Wednesday, April 15, 2009

HappY Bestday...


Huhu hari nie hari ulang tahun yang pertama kelahiran anak buah


ude yang menjadi kesayangan bagi keluarga ude and keluarga abang ipar ude...nie waktu dilahirkan dengan berat hanya 2 kg kot

Nak pick dia... ramai tau yang nak jadikan dia sebagai adik angkat.... nenyak tido

Bawah nie semua gambo nakal dia.... rindu lah kat cayang mak ude nie....
selamat hari jadi....selamat hari Jadi
selamat Hari Jadi... Yanna
selamat hari Jadi


Huahuahua sedih, diorang hari nie mesti berseronok sebab celbrate hari jadi budak nie dengan ibu dia skali....

sebab esok merupakan hari jadi akak kembar ude,
Yang kiri mak ngah yana... yang ijau mummy yanna...( hahha bangcrupt papa yana nak sediakan hadiah buat anak and wife dia skali... bukan yang cikai2 tau...)

CamPing bermUla

Urmmm pagi yang indah nie...
dah siap sembahyang... letak ah telekung kat penyangkut dia,,, kemas sikit2 apa yang patut.
Hah nak bagi masej kat Rai dengan yati, aku nye kredit dah habis nie, nie nak bagitau rai turun pukul berapa, ala tapi seluar track ude tak cukup ah... hahhah ude turun dulu ah, pi giant seluar, sanggup beli, yelah dah tau sangat, kalu pegi camping seluar track memang penting, takut basah ke ape..

Sampai je kat kolej dengan menaiki teksi dengan rarai yang membawa beg macam nak balik JB.. yang ude nie bawa beg sandang belakang je, rarai nie nak balik kampung ke ape???... Lalal masuk je pintu pagar kolej, ude nampak ramai bebudak lain yang join camping nie macam nak pegi melancung.... apa tak nye ada bawak bantal pelok, baju and tudung yang lawa siap berhanger skali,,, peh. Ke aku yang salah nie, yelah aku slalu pi camping pengakap, kursus tak camne, bawak ber beroda hahhah....Nilah sikap ku yang bongkak ...hehhehhe

Sampai je aku cari kembar aku yati...... kesian dia muka benyek je... yelah dia and aku tak kenal bebudak lain yang rarai dan ecah ada lah kenal kawan foundation diorang....tapi dalam hati nie rasa macam aku kurang sesuatu.... apa ek.... jejep...( bukanlah) .. Ya Allah telekung aku...lupa nak ambik,,, camne nie...hahhah pinjamjelah kat surau...kekkekhhhh.. nanti aku basuh balik ah..

Dah lama tunggu, miss hayati and sir adzim sampai, sebelum adalah student lain yang jadi ajk untuk camping nie berucap,,, sambil memberi kertas tentang axtiviti kitaorg.... tapi yang mengesyoknye... nama yang dirindui ada dalam nama orang yang bertanggungjawab dalam mengajar kami untuk senaman pagi pada hari Ahad... Dari situlah aku dapat Nama dia yang sebenarnya... iaitu... Mohd Jefry Aman. Apa lagi dengan jantung yang berdegub2 nie menunggu ah mana pulak dia nie.....

" Ok semua kita ambik gambar sama-sama, sebelum kita mula naik bas nie.." sir adzim
Nak bangun je jantung lagi gerak dengan pantas nie... sebuah kereta wira hijau masuk di perkarangan pintu pagar kolej.... " Wah dia benar -benar datang ah... satu tindakan drastik yang ude selalu buat...ialah untuk mendapat perhatian dari orang yang ude suka....

" Yati jap eh aku nak buang plastik jambu nie..."
hahha sebaik rasanya yati tak perasaan sebenarnya aku buat tikiet sebab kereta dia depan je tempat buang dampah tue... hehheh gataiiiii. so selesai sesi ambil gambo,,,tapi sorylah yea, mata hatiku tak pandang kamera kerana sedang membayangkan si dia..huahuau romatis gitu.

"ok semua naik bus...."
Hahha..lupa nak cakap masa nie aku, rarai and ecah terkejut sebab tetiba aje si roguy ikut... dan masa nilah baru dia tau aku nie setahun cepat dilahirkan... ( tak nank mengaku lebih setahun tua...hahha)

Dalam berapa jam lah kot dalam bus, dan aku dengan tidak puas nye manatap kertas activity kami tue, so kami sampai di kem Idaman nurani sungai congkak...

Sampai jek walaupun dah pening dengan uncle bus yang salah jalan... sampai target utama tengok jejep dah sampai belum, la dia takde pun, kete dia tak de pun, alo nak balik lah kalu dia tak ikut....ude sedih...

Tapi tetap turun, dengar je ok yang perempuan duk bawah, lelaki kat atas ye.... ini kata pak cik lelaki... tetiba

semua dah siap berlari, lelaki kat atas perempuan gi bawah,,,, satu suara tiba...

" Eiii lelaki turun bawah, biar perempuan yang duduk atas tue, kang tak pasal2 dia ngendap perempuan mandi....Yelah tandas kat bwah...eiiiiiiiii ngeriiiii"

Aku antara yang terawal lah pi pilih tempat tidor, sebab dah biasa and tahu aku susah tido tempat baru nie, aku cari port yang dalam ckit,,, tapi yati tak suka lah pulok,, sebaik budak india nie baik... so aku dapat tido dan yati dapat tempat yang paling tepi skali...

Lepas kemas, sikit, terus turun pi sembahyang, tapi kongsi telekung sebab yati lupa juga bawa telekung, hhahha

Next ape kami buat... pi makan ah perut dah berdondand dendang nie...
Masa nie ah aku, yati, ecah, rarai, and si ikram tue baru duduk bersama-sama makan... makanan dia yang kurang menyelerakan tekak aku nie...

Dah sedap makan tue, asal aku rasa ada org pandang ek...toleh kedepan..DUBBBB??????????

Jejep kat depan???????? Asal pandang sini, duduk ah ,,, tak makan ke? bila dia masuk,,, asal aku tak nampak nie....

" wei cepat, aku tunggu ko kat depan sana ah, kita org nak lawat kawasan jap".. Nia ayat yang aku ingat lah,,,salah sory eh roguy...

Aku pun terus je makan, selesai basuh pinggan, tapi dengan serba tertib... takut jejep pandang... dia kan ada kat cni....( moral nie guna sebenarnya Admire..supaya kita lebih bertata susila)

Masa nie, bukan kitaorg je camping tapi budak sekolah gak...tengah ambik minuman nie, datang pak cik yang kendalikan kem nie,,,

" Dah makan?

ude.." Aaa dah makan dah..."

Pak cik" skang nie ramai yang datang cini, "
dalam pakci nie bercerita... jejep jalan kat kitaorg dengan senyuman yang manis.. huhu aku apa lagi melayan ah pakcik tue...

Tapi.... " Ude cepatlah, diaorg dah berkumpul tue"

Aaa jap Ti, aku minum nie....

sampai jek kat tempat berhimpun tue, kitaorg mula kan aktiviti pertama....

Tapi nannti aku sambung eh,,,, nak tido jap....
bye2

part 6 -- camping miss hayati...

Dah lama ude tak meneruskan part dalam novel ude kan.....

ude pun dah lupa,,,hahhahha ntah sampai mana tah. so ude cite jelah apa yang masih teringat....

Masa nie ude dah berbaik sikit dengan mambe ude skang nie sebab masa nie ude ada krisis dengan mambe yang lama tue....

Waktu nie ude sem 4, so semua budak BFST ada subjek nutrition dengan kitaorg punya program manager Pn Rosmaliza and Lecturer yang masa kitaorg sem 1 dia sombong giler, tak suka junior kot, tapi bila dah sem 4 nie baru tau dia nie best tau, nama pun sama dengan ude...Pn Nur Hayati... not anak pak nasir k, jep tak kawen dengan aku lagi...

Bila dah rapat dengan roguy, jah and yah nie, ude sekali gus menjadi student yang juga rapat dengan lecturer..ada sebab k sebenarnye, ude rapat dengan miss hayati nie, sebab sebonar eh ude tahu dia rapat dengan pujaan HatiKu....jejep( mesti korang tak tahukan)

So satu hari nie, miss hayati datang kelas kita org nak umpa beberapa org student nie, aku and others pegilah...
Miss hayati:

ok nama yang saya panggil nie sebenarnya saya nak ajak pi camping, ( dalam hati gembira nie, sebab aku niekan suka camping) korang hanya keluar separuh je, ( lagi gembira)... harga yang korang harus bayar RM 50...( ala 2 hari 1 malam jek)....mahal gak

Last -last yang conform nak pegi hanya Si jah..

Tapi masa dalam kitchen bebudak lain sibuk ah tanya.. :" ude tak nak pegi ke.., pegilah"
Datng si jah and yah, "pegilah ude, yah kan miss hayati yang bayarkan"
oooo mis hayati bayarkan.... jap ude pikir...ok gak, kalu miss nak bayarkan,, so kami 3 org pi lah jumpa miss...

Yah..." Miss, ude kan nak pegi tapi tak de duit, ptpn tak masuk lagu...huhu" ( manjakan rarai)
Miss" ala ude awk pgi je, pakai duit saya dulu , awk ajak ah yati, saya nak lagi sorang nie...."
Tapi masa nie si roguy memang tak nak pegi, ada hal lah, macam-macam

So balik umah tue, ude terpikir,,,," miss hayati buat camping, dia dengan sr adzim pulak rapat dengan jejep... mesti jejep ade kan....hahhahha"

Siap berdoa tau" Ya Allah, semoga jejep ikut serta dalam camping nie.... nak ah rugi aku melaburkan 50 hinggit ke camping nie.... ( sebab rm 50 boleh aku beli kasut ....hahhah)

maka malam sabtu tue aku berkobar-kobarlah pi paking baju, cari seluar track, tudung... nak nampak comei kat depan jejep....hehheh

so dengan hati yang berdebar..takut dia tak pegi.... tapi still dibuai dengan angan-angan camping bersama jejep... ( macam aku dengan dia je yang pegi kan)...

Monday, April 13, 2009

tahniAh

Syukur sebab obor yang ude pegang selama nie yang menjadi rebutan mambe yang lain.... akhirnya tetap dalam gengaman ude.....hehheheh

sebenarnya tak jangka pun, tapi memang jadi harapan agar tak kalah ah....tapi ude tak gembira sangat macam diaorg,,,hahhah
ude tak jumpa jejep,,,,

mana dia pegi ek, jangan ah dah berhenti pulok,,, sedihnye, nanti takde sumber inspirasi nie... pape pun syukur.

kawan2 semua usaha tangga kejayaan.....tapi skang nie ude tak dapat berusaha untuk tangga umah....hehhehehhe


hahhahahha

im Back

Assalammualaikum...


dah habis cuti,,,,,

oooo korang mesti rindu kat ude kan

hahhah ude rindu kat korang gak.... sebab dah lama tak dengar

  • angan-angan yang giler
  • pegi shopping..... kat melaka ude tak keluar tau, tolong mak.
  • rindu kat jejep, kat kg cuma dapat tgk gambo jek
sebenarnya tgh risau nak ambik result.
pape pun tahniah huhu
pada cik jah
dapat 3.91
wah