Saturday, March 3, 2012

Thursday, June 23, 2011

peluang kedua...HAZAMA

Saja2,,,,

memang aku tgh fanatik dgn dia...


GO>>>GO...

PAK LANG>>>>>>


Sebaik pak lang bukan pak udre,,,,,.........bila ek nak jumpa pak udre....

Saturday, October 2, 2010

Atok2......

Assalammualaikum.....


Wah2 seronok beraya.....tadi masa tolong mak ude kat kedai, atok yang ajak ude masuk raja lawak datang
dia nie memang suka berlawak..and aku tukang gelak jekk..( leh ke masauk raja lawak)

dia bagi tau...2 yang buruk kat org2 tua2 nie.

Korang taw ker.....MUKA...silap muka comel taw bila tua2

yang pertama bila org tua merajuk....
memang selalu kita dengar kan prasa nie.." orang tua merajuk buruk"...hahhahhahatok nie ni cakap merajuk yang lawa bila org tue memula kawen and tengah bercinta jek...yelah..."kalu bini yang baru dikahwini merajuk diaorg kata ape...Jangan ah merajuk ayang...ayang merajuk lagi manis....dengan muncung itik ke depan tue..tue yang abang jatuh cinta tue..." HIK HIK...gelak gatal.....


yang kedua kalu org tua nie bercinta,,,,,( ni nenek2...makcik2 yang berpangkat datin jaga2...atok2 nie bercinta payah...huduh...kang bertukar gaya eh...pakai speck matolah, gigi palsu yang putih tukar jadi omeh( emas)..nak ngorat..bawa moto peh..senyum...and yang ponting bawa cucu jalan2...nanti ade lah mak janda2, ke anak dara ker tegur.." Comelnyer...cucu ker...Hahahha time nie ah umpan ikan atok BORJAYO...

CAYOLAH TOKKKKKKKKKK

Sunday, August 22, 2010

Anakku...pandainyer dia

"Ayah pi umah atok...mak nak masak gulai ikan sembilang..."
"aduh ni malas ..."

mana kunci motor..

mana ayah letak...
mak Kunci motor ayah kat mana?

Mana mak tau, ayah ko yang bawa pi kedai, pastu mak nak pakai motor tadi memeng kunci takde

( ni mesti kes mak ayah aku bertekak lagi)

ayah letak kunci kat mana tadi?
Yanna( anak buah aku yg comel tue) yang main tadi..

kalu yana main adelah..nie ntah mana ayah ko letak?

(tetiba si yana yang comel nie sampai)

"yana, kunci motor atok mana?..

jap...jap...jap

(sambil berlari-lari dengan pampers nyer yang besar tue) comel...

nah ni kunci motor atok...

dalam 23 saat...
"yana kene ikot..kalu tak ayah sorok kunci lagi;;;;"

(makin pandai nyer dia...tuela ayah mak,,,tinggalkan lagi cucu kesayangan, kan dia dah sorok kunci)


p/s...jangan lah nak menipu budak kesik..skang diorang dah terlebih pandai...

Wednesday, August 18, 2010

Keje Gila....

Aku dah mebgucapkan selamat tinggal kat keje QC exec aku tue...
Kenapa...
Sbaba dah tak Tahan lagi dgn suasana keje yang serabut giler, tambah lagi ade 2 lady boss yang suka membodek bos, pastu suka cari kesalahan orang( walaupun AKU Tak Salah)....dan tak sedar diri...dia yg selalu buta company rugi...bukan aku.......atau yg lain


So bubye.. Beryls......

Sunday, August 1, 2010

my soCial live

Aku hari hari pi keje jalan kaki..jek...Nak jimat..,,,,

kat cini beza ah time blaja....cabaran tinggi....nak pi keje kena nangis dulu..( dlm hati ah..kan dlm hati ade taman)...nangis sebab...eiii bosan nyampah kalu masuk keje jumpa 2 perempuan yang beragak jadi bos.....

Tapi sebaik ade girl myammar nie...pi keje kalu terserempak dgn diorg, mesti mcm couple ah.. jalan diorg siap pegang tangan aku lagi, kadang2 pelok erat2 lagi...sebaik tak cium2..uhh nak kene kalu diorg try kesucian aku...wawwawawwaw
( tp aku bukan les k...)...sambil diorg pelok aku siap ketawa2, and aku ketawa sebab kadang nak jaga hati cause tak tahu diorg cakap aper....Nyiahhahahha

and skang aku semakin boros berbelanja...yelah gaji dah ade...
and yng penting
i miss zaman miss kat admire....kat cni tak de calon nak di admire kan...

P/s...admire nie penting..untuk buat hati ang semangat membuak2 pi keje and make up cantik2...so skang pi keje..malas jek...and kira tak lawo ah pakaian....

Friday, July 9, 2010

Jenis wanita dielak lelaki


nie jenis wanita yg di elak oleh llaki...part lain ude tulis jenis lelaki yg di jauhi oleh wanita...SElamat mambaca

Wanita manja

Wanita yang bersifat manja sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.

Pada awalnya, wanita ini akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu. Teguran tersebut lantas membuatkan wanita ini bersikap ultra berdikari demi membuktikan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.

Wanita benci lelaki

Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada wanita jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini yang jauh berbeza berbanding wanita lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.

Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.

Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita jenis ini tanpa memikirkan sebarang komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan asmara semata-mata.

Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah untuk melindungi dirinya daripada dilukai oleh lelaki.

Wanita karier

Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan wanita berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa terancam untuk bersama wanita jenis ini. Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan dampingan lelaki.

Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang stabil telah pun membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam senario ini, kehadiran seseorang lelaki dianggap tidak mampu memberi lebih daripada apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana dari segi kewangan, tidak akan bergantung sepenuhnya pada mereka.

Wanita banyak cakap

Mengikut perspektif lelaki, wanita yang banyak bercakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan wanita menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.

Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, para pemain dan keputusan permainan. Sebaliknya, perbualan telah bertukar kepada topik feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak berkata-kata.

Selalunya wanita dituduh dengan istilah 'banyak cakap' itu kerana mereka suka berbicara tentang subjek yang digemari serta ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia mulut murai.


p/s suara manja...bukan maksudnyer org tue tak geti berdikari...suara manja dgn wanita manja lain taw......