Thursday, April 30, 2009

Hari ke- Camping

Aduh pening kepala pulak aku nie, kaki tengah lenguh nie, dah ah malam tadi tak pakai selimut, kaki aku nie kaki cinderella nak kena selimut,... huhu

Sejuk, air kolah nie.. aku nie bukan tahan sejuk pun, jap lagi mengigil lah aku nie, hrm lepas mandi solat pagi, lepas tue ada senaman pagi... hahha dalam jadual tue kata dia yang conduct best nye...

Tok..tok...( wei sapa kat dalam nie.. cepatlah)

Uh kacau daun betullah, nak berangan sikit pun tak boleh...

"Ok selepas besurai nie, kamu semua dikehendaki datang semula ke dewan ini, selepas nie kita ada senaman pagi.."

aduh dia tak smebahyang pagi ke, kenapa dia tak nampak sembahyang kat cini pun... huhu sembahyang dalam bilik ah tue.. " yati cepat bersiap dah sembahyang lum.."

" aku nak sembahyang ah nie, aku sembahyang kat dalam bilik je ah."
" ok cepat tau.."
" aku taulah ko nak tengo dia kan.."
" hahhahha"

Dalam 7 30 semua peserta dah pun berkumpul di dalam dewan, dah semua berkumpul barulah datang kitaorg punya lecturer pN Hayati and husband dia....
Hrm dah naik teleng kepala aku nie mana dia nie....nasib baik ah bilik diaorg sebelah dewan jek, boleh ah aku cari....

" hahha yang di cari telah keluar, alo comei nye dia...( dalam novel aku lelaki nya mesti comel, pakai speck, smart, chubby... lainlah novel yang ada kat pasaran skang, nak yang paling hensome kayo, yang perempuan pulak yang paling lawo... hahhah)

Ok dia dah kat depan aku nie... beri perhatian k...
"ok semua pagi nie kita akan buat senaman yang ringan.."
Ala asal budak fasi lak yang kena buat, aku nak dia yang buat,,, huhuhu...

" ok skang kita buat tarian poco-poco..."
Hrm poco-poco.. best gak nie dapat menari...

seronok gak ek menari... nilah tarian isteri datuk yang menghabiskan masa dan bersosial. Tiba-tiba

" aduh, wei sakitlah, dah ah kaki aku memang sakit dari pagi nie, yang ko pegi sepak sapa suruh" menyampah betul ah aku dengan si ikram nie, excited tak bertempat.. aku sepak baru tahu budak nie... aduh aku pulak dah terjerit memalukan betulah, baru nak cover ayu kat dia...

" ok semua lepas nie terus pegi ke dewan makan, dan pakai track shoes and and berkasut sebab selepas nie kita akan menyusur ke jalan ke perkampungan orang asli..."

uiii bestnye, mesti ada air terjun kan, nak kena lalu air terjun ke nie, ala kaki sakit....memang ah budak lelaki nie,,
" ude ko nak pegi gak ke, kata kaki sakit, tak yah pegilah, aku pun tak nak pegi nie"
"Wei aku buakan penakut macam ko ikram, mestilah nak pegi..."
" dah jom pi makan,,,"

aduh dah banyak tempat aku pergi ikut camping ke kursus ke nilah first time tempat yang aku pegi aku tak suka makanan yang diarg sediakan , dah a dewan makan dia nak naik bukit, sakit lagilah kaki aku nie,

"Mis makan mis..."
" mis kaki saya sakit mis, nie si ikram nie gi tendang" hhahha bila pulak aku jadi seorg yang suka mengadu nei.... hahhah buat tiket je nie,, aku terpandangkan si dia kat belakang miss nie... hahhah nak tunjuk aku sedang sakit,,, hehehhe gatal lah ude nie...

"Hrm korang makan cepat ok, nanti berkumpul kat depan sana, kita akan mulakan axtivity tue lepas axtivity nie , kita ada majlis penutup, lepas tue boleh ah buat aktivity bebas"
" ok miss"

No comments: